Assalamualaikum ..
hadirnya hari ini kerana ada
sebuah perkataan yang di sebut masa.
begitu juga dengan
cinta dan kasih yang hanya akan tiba setelah
bertemu dalam suatu masa
meskipun kau masih tertanya mengapa dan
kenapa?
semua berlalu dengan pantas
sehingga engkau terlupa segala pertemuan.
kau juga akan lupa apa erti sebuah perpisahan.
cinta itu mampu menutup segalanya
serta ia mampu untuk membuka segalanya.
sebuah cinta tanpa rindu hanyalah satu penipuan.
mungkin penipuan dalam kata-kata ataupun,
penipuan dalam satu hubungan.
atas dasar cinta kau akan bertemu sebuah rindu
walaupun ia pernah menjadi satu lukisan
atas dua kertas dan warna yang berbeza.
Comments
Post a Comment