Posts

Showing posts from 2018
Assalamualaikum .. selamat pagi sayanggg , selamat melakukan activities, kalau lapar , makan. kalau penat, istirehat ya? ya Allah, letakkan hati nya kepadaku, ku mohon jangan letakkan pada mereka yang sakitkan hatinya. dia sudah lekah bersama mereka yang hanya datang dan pergi lagi. kau adalah wanita yang kuat kerana kau bukannya tidak pernah menangis, kau cuma bertahan bila hati kau menangis. dont worry dear, distance will never separate us because i will be the most person u need even ure hundreds of miles from me and i will never stop loving you bae. Cinta sejati adalah kenyamanan, kepercayaan, dan dukungan. Kalau kamu tidak setuju, aku tidak peduli. (Milea 1990) tersenyumlah untuk menjemput bahagia, jangan tunggu bahagia baru hendak tersenyum. terima kasih sayang kerana bagi saya peluang untuk menyayangi mu. meskipun engkau pernah disiakan, insha Allah aku akan jadi yang terbaik dan terhebat lebih dari mereka. terima kasih cinta.
Assalamualaikum .. hye agust, seorang gadis yang sangat indah dan unik. aku harap bila kita jauh nanti jangan jadi cepat marah atau berhenti mengharap. tunggu hujan turun agar hati menjadi sejuk. bila rindu dan hilang kabar seketika, minta angin tiupkan cerita cinta kita di telinga agar engkau tahu yang aku akan tetap setia dengan cinta kita.  jangan pernah takut untuk memberitahu cinta dan setia kerana aku akan terus menjaga cinta kita dan engkau adalah segalanya...  ku merindui kamu..
Assalamualaikum .. kebersamaan kita banyak mengajar aku apa maksud sebuah cinta sebenar. hakikat sebuah cinta yang mengajar erti sabar, kasih, rindu dan menghargai. kau buka mata dan hati aku untuk kekal hidup dan terus bernafas dalam dunia yang penuh ketidak adilan dan cemuhan. atas dasar janji, aku kembali bersemangat untuk terus bangkit dan lenyap kan silam. saat aku kembali memandang sejarah kau menarik aku untuk kembali toleh kedepan. meskipun sukar, kau kembali mendukung aku sehinggakan engkau hampir letih dan menangis. maafkan segala silap aku, sayang :)
Assalamualaikum .. hadirnya hari ini kerana ada  sebuah perkataan yang di sebut masa. begitu juga dengan cinta dan kasih yang hanya akan tiba setelah  bertemu dalam suatu masa meskipun kau masih tertanya mengapa dan kenapa? semua berlalu dengan pantas sehingga engkau terlupa segala pertemuan. kau juga akan lupa apa erti sebuah perpisahan. cinta itu mampu menutup segalanya serta ia mampu untuk membuka segalanya. sebuah cinta tanpa rindu hanyalah satu penipuan. mungkin penipuan dalam kata-kata ataupun, penipuan dalam satu hubungan. atas dasar cinta kau akan bertemu sebuah rindu walaupun ia pernah menjadi satu lukisan atas dua kertas dan warna yang berbeza.