Sang Perantau
Saat kecil, aku sering bertanya pada hati “ apakah setiap langakah itu mampu mengubah dunia ?” Aku tertanya-tanya kerana masih keliru. Persoalan yang berpanjangan sehingga berdekad lama nya. Hari mula berganti hari, masa mulai meningkat. Begitu banyak pengkhianatan dilalui. Peristiwa yang menjadikan aku mulai benci pada sesuatu mulai timbul. Aku nekad untuk tinggalkan masa silam. Saat ini aku mula berpegang pada ayat zaman kecilku. Satu tapak yang mampu mengubah kesemua suka duka manusia. Hampir tiga tahun aku sendiri hidup ditempat orang, mencari nasi untuk disuap. Dari satu langkah aku berubah ke satu langkah sehingga aku kembali ke awal permulaan aku pernah melangkah. Tempat dimana aku pernah kalah kerana ingin menjadi lebih hebat dari manusia lain. Sekembalinya aku disana membuka mataku bahawa, setiap langkah itu adalah kehendak yang Maha Esa. Syukur kerana Allah temukan aku dengan seorang ketua keluarga yang bergaduh sedang berperang mulut dengan sebangsa lain dep...