Sang Perantau

Saat kecil, aku sering bertanya pada hati “ apakah setiap langakah itu mampu mengubah dunia ?” Aku tertanya-tanya kerana masih keliru. Persoalan yang berpanjangan sehingga berdekad lama nya. 

Hari mula berganti hari, masa mulai meningkat. Begitu banyak pengkhianatan dilalui. Peristiwa yang menjadikan aku mulai benci pada sesuatu mulai timbul. Aku nekad untuk tinggalkan masa silam. Saat ini aku mula berpegang pada ayat zaman kecilku. Satu tapak yang mampu mengubah kesemua suka duka manusia. 

Hampir tiga tahun aku sendiri hidup ditempat orang, mencari nasi untuk disuap. Dari satu langkah aku berubah ke satu langkah sehingga aku kembali ke awal permulaan aku pernah melangkah. Tempat dimana aku pernah kalah kerana ingin menjadi lebih hebat dari manusia lain. 

Sekembalinya aku disana membuka mataku bahawa, setiap langkah itu adalah kehendak yang Maha Esa. Syukur kerana Allah temukan aku dengan seorang ketua keluarga yang bergaduh sedang berperang mulut dengan sebangsa lain depan mata aku. 

Benci nya seorang lelaki itu kepada bangsa lain mungkin kerana beliau menganggap bangsa lain cuba untuk berpijak ditanah darah nya untuk selamanya. 

Apakah engkau lupa bahawa setiap kaki yang melangkah itu atas kuasa dan izin Sang Pencipta. Saat dia mengizinkan kau melangkah, maka kau akan terus melangkah. Saat dia merebahkan kaki kau kebumi, maka kau akan rebah. Maka, jangan pernah engkau membenci dan mempersoalkan seseorang manusia itu melangkah dihapanmu tetapi persoalkan dalam dadamu “ Adakah Si Pencipta itu senang melihat engkau melangkah atas ciptaan-Nya?”

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog